Huion H950P | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Huion H950P

Assalammualaikum..

Just nak share review aku tentang Pen Tablet Huion Inspiroy H950P yang aku gunakan untuk buat design.
Alhamdulillah.. dah lama berangan nak ada satu Pen Tablet ni. Aku bukan la pro dalam bab design ni. Tapi cuma nk cuba sesuatu yang lain. Asyik guna mouse je.. So try la guna pen tablet plak.

Aku pun tak pernah guna mana-mana pen tablet lain sebelum ini. Setelah aku selidik dari Youtube dan Google, dan aku amik keputusan untuk beli pen tablet dari brand Huion H950P ni dari LAZADA. Nak dapat pun dekat sebulan beb. Tp Alhamdulillah, sangat berpuas hati bila dah terima barang tersebut.




Dalam kotak ni, ada satu tablet, pen dan ada spare nibs, cable, sarung tangan dan juga kad ucapan dari Huion. Harga untuk Huion H950P ni masa aku beli cuma RM 250 je. Online dan ada sale time tu. Alhamdulillah.


Cara nak gunanya pun tak la susah sangat. Cuma perlukan sedikit masa untuk sesuaikan cara penggunaan. Bila dah biasa, kurang rasa kekok cuma anda perlukan lebih pergerakan tangan sebab ration satu board tablet tu sama dengan satu screen. 


Ni first lukisan yang aku cuba guna pen tablet ni.

Untuk mereka yang bercadang-cadang untuk beli satu, aku cadangkan untuk beli brand Huion ni sebab ia lebih murah berbanding dengan brand lain. Boleh cuba study dulu dari review orang lain di Youtube. Harga tak la terlalu mahal untuk mereka yang baru ingin cuba guna pen tablet ni.

Jika ada yang nk share pendapat, bleh isi di ruangan komen. InsyaAllah, kita berkongsi pendapat dan pandangan agar dapat manfaatnya.

Wasalam..

No comments