Khutbah Jumaat Johor | 04 Jan 2019 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 04 Jan 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
Tarikh : 04 Januari 2019
              27 Rabbiul akhir 1440
Tajuk :  Hindari Sifat Munafik
           
1) Firman Allah Surah Al-Baqarah/8-9 bermaksud: "Dan antara manusia ada yang berkata: kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakn Allah dan orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya".

2) Maksud munafik- berpura-pura beriman; bermuka dua; menampakan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan; bila berucap tidak seperti perbuatannya; dalamnya tidak seperti luarannya; peribadinya tidak seperti penampilannya.

3) Surah Madaniah- surah yang diturunkan selepas peristiwa hijrah Rasullulah SAW ke Madinah; banyak bercerita tentang orang munafik; Orng muhajirin iaitu yang berhijrah dari Mekah ke Madinah; Orang Ansar iaitu penduduk Madinah terdiri daripada qabilah Aus dan Hazraj.

4) Kenali Abdullah bin Ubai bin Salul- ketua Madinah daripada qabilah hazraj; kedatangan Rasulullah SAW dan Islam menghilangkan pengaruhnya.

4.1) Peperangan Badar pada tahun ke-2 Hijrah; Abdullah menzahirkn dirinya sebagai orang Islam bila kemenangan berpihak kepada tentera Muslim.

4.2) Peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijrah; tentera Muslimin berjumlah 1,000 orang; tentera mushrikin 3,000 orang; Abdullah telah berpaling bersama 300 orng pengikutnya dengan meninggalkan 700 tentera Muslimin sahaja; contoh keburukan sifat dan perilaku munafik pada zaman Rasulullah SAW.

5) Hadith Rasullulah SAW bermaksud: "Tanda-tanda munafik itu ada tiga: apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia mungkiri, apabila diberi amanah ia khianat". (HR: Al-Bukhari)

6) Hindari diri dari sifat-sifat munafik dengan cara :-
6.1) Solat berjemaah seperti hadith Rasul SAW bermaksud: "Barang siapa solat kerana Allah selama 40 hari secara berjemaah dengan mendapatkan takbir pertama (takbiratul ihram) imam, maka ditulis untuknya dua kebebasan iaitu kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munafik".
(HR: At-Tirmidzi)

6.2) Berdoa supaya dilindungi dpd sifat munafik spt hadith Rasul SAW bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada kederhakaan, sifat munafik dan akhlak yang buruk".
(HR: Imam Abu Daud)

7) Firman Allah Surah Al-Anbia/1 bermaksud: "Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments