Khutbah Jumaat Johor | 11 Jan 2019 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 11 Jan 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
Tarikh : 11 Januari 2019
              05 Jamadil Auwal 1440
Tajuk :  Rahsia Kematian
           
1) Firman Allah Surah Al-Mulk/2 bermaksud: "Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi amat pengampun (kepada orang yang bertaubat)".

2) Dunia dan akhirat- kematian jalan menuju akhirat; dunia utk kehidupan sementara: Akhirat kehidupan kekal selamanya; dunia tempat mengumpul amalan kebaikan;  balasan diterima selepas kematian.

3) Firman Allah Surah Al-zalzalah/7-8 bermaksud: " Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!".

4) Kematian suatu rahsia Allah- tidak diketahui kedatangannya; di mana dan bagaimana berlakunya; berita yang mengejutkan; pemutus antara jasad dan roh; semua menginginkn husnul khootimah (pengakhiran yang baik).

5) Tindakan menghadapi kematian- perbanyakan amal kebaikan; tidak menunda-nunda pekerjaan kebaikan; jauhi bisikan syaitan yang melarang meneruskan kebaikan.

6) Hadith Rasul SAW bermaksud: "Takutilah kamu api neraka walau dengan menginfakan separuh kurma, sekiranya tidak didapati maka dengan kalimah yang baik". (HR: An-nasai)

7) Peringatan Nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman seperti hadith yang bermaksud: "Sesungguhnya sebahagian dari tanda-tanda kiamat itu adalah nyata kematian itu secara mengejut".
(HR: At-tabroni)

8) Manusia mengikut Al Imam Al-Ghazali Rahimahullah- yg hanyut dengan keduniaan; yg bertaubat apabila melakukan kesilapan; yg bersedia dengan kematian.

9) Kata orang alim- yang singkat itu masa; yang tipu itu keduniaan; yang dekat itu kematian; yang besar itu hawa nafsu; yang berat itu amanah; yang sulit itu ikhlas; yang susah itu kesabaran; yang sering dilupakan ialah bersyukur.

10) Firman Allah Surah Ali Imran/185 bermaksud: "Tiap-tiap yg bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pd hari kiamat sahajalah akan disempurnakn balasan kamu, dan (ingatlah) bahawa kehidupan dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya".

                  بارك الله لي ولكم ...


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments