Khutbah Jumaat Johor | 01 Feb 2019 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 01 Feb 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
Tarikh : 01 Februari 2019
              26 Jamadil Auwal 1440
Tajuk :  Sakaratul Maut
       
1) Fitrah kejadian manusia- saat kelahiran; alam kanak-kanak; remaja; dewasa; umur tua; saat kematian; sakaratul maut; alam barzah; alam akhirat.

2) Firman Allah Surah Al-Ambia'/35 bermaksud: "Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".

3) Kematian- boleh hadir secara perlahan-lahan seperti sakit, umur tua; secara tiba-tiba seperti kemalangan, bencana dan lain-lain.

4) Sakaratul maut- permulaan kepada saat kematian; hadir samada seseorang dalam keadaan bersedia menghadapinya atau sebaliknya.

5) Firman Allah Surah Al-An'am/93 bermaksud: "......... dan sungguh ngeri sekiranya engkau melihat ketika orang yg zalim itu dalam penderitaan sakaratul maut (ketika hendak putus nyawa) sedang Malaikat-malaikat pula menghulur tangan mereka (memukul dan menyiksa orang itu) sambil berkata dengan menengking dan mengejek keluarkanlah kamu dari tubuh kamu sendiri.".

6) Ketika berlakunya sakaratul maut- tiada siapa yang boleh bantu; tiada lagi nikmat dunia; tiada anak isteri; tiada kaum kerabat kecuali amal ibadah; diperlihatkan amalan-amalan baik buruk sepintas lalu.

7) Ketika sedang sakaratul maut- hadir hasutan para syaitan; menuju jalan kesesatan; hanya iman dan taqwa jalan penyelamat; mudah terpengaruh jika semasa hayat tidak beriman tidak taat perintah Allah.

8) Muhasabah diri- ingat Kalimah Syahadah (Laa ilaa Ha illallah); nilai kembali ketaatan kita kepada Allah; pegangan aqidah kita; ibadah kita; hubungan dan sikap kita dengan makhluk-makhluk Allah.

9) Semuanya benar- janji Allah; hidup dan mati; Syurga dan Neraka; sakaratul maut (siap bersedia menghadapinya).

10) Firman Allah Surah Ali-Imran/185 bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".

                  بارك الله لي ولكم ...


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments