Khutbah Jumaat Johor | 08 Feb 2019 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 08 Feb 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 08 Februari 2019
                 03 Jamadil Akhir 1440
TAJUK : Islam Sebagai Cara Hidup

1) Firman Allah Surah Ali-Imran/19 bermaksud :"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya".

2) Islam- penyerahan diri manusia sepenuhnya dan seikhlasnya kepada Allah seperti geraklaku anggota zahir; amalan batin; jasmani dan rohani; akal dan perasaan; jiwa dan hati.

2.1) Penyerahan diri kepada Allah- merangkumi 4 perkara asas seperti dlm bidang aqidah; ibadat; akhlaq dan dlm bidang perundangan @ syariat.

3) Manusia sebagai khalifah Allah- dituntut beriman; patuh segala perintah dan peraturan-peraturan Allah; Allah utus para Rasul dan Nabi serta kitab2 sebagai panduan; Rasul SAW Rasul pembimbing terakhir; Manusia dituntut menyebarkan risalahNya.

4) Sebagai khalifah di muka bumi- mesti ikut peraturan Allah; demi keselamatan dan kesejahteraan dunia akhirat; pentingnya agama; tanpanya manusia tidak mampu makmurkan dunia dan melakukan kerja-kerja baik bagi faedah manusia.

5) Dapatan dari ilmu-ilmu Islam juga mempelajari dan mengkaji Al-Quran - ajaran Islam amat sempurna; sesuai untuk panduan hidup seharian;
Islam memberitahu bahawa :-

5.1) Allah SWT menetapkan manusia menjadi khalifah di muka bumi

5.2) Manusia akan hidup semula setelah mati

5.3) Manusia perlu bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya

5.4) Manusia perlu ikhlas mematuhi peraturan dan undang-undang Allah

5.5) Manusia hendaklah berakhlak mulia

5.6) Manusia perlu berani menegakkan kebenaran serta takut untuk pelanggaran hukum Allah

5.7) Bersikap sederhana dalam soal-soal kehidupan

6) Firman Allah Surah Al-Baqarah/138 bermaksud: "(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: agama Islam yang kami telah sebati dengannya) ialah celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

                  بارك الله لي ولكم ...


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments