Khutbah Jumaat Johor | 15 Feb 2019 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 15 Feb 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
                           
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH :
15 Februari 2019
10 Jamadil Akhir 1440
TAJUK : Jangan Lalai Dengan Segala Nikmat

1) Firman Allah Surah Ibrahim/34 bermaksud: "Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya".

2) Penjelasan ayat :-
2.1) Allah SWT telah menyediakan nikmat untuk manusia
2.2) Allah SWT sentiasa memberi nikmat yang dipohon oleh manusia
2.3) Tanda kasih sayang Allah
2.4) Manusia tidak mampu menghitung nikmat Allah
2.5) Ada manusia mengkufuri nikmat Allah

3) Tujuan Allah kurnia pelbagai nikmat- Bukti kebesaran dan kekuasaanNya; Memudahkan urusan kehidupan manusia.

4) Nikmat sihat dan nikmat masa lapang sering dilupai manusia spt hadith bermaksud: "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang".
(HR: Imam Bokhari)

5) Nikmat sihat- nikmat yang sangat bernilai; paling berharga setelah nikmat iman dan nikmat Islam; dapat melakukan ibadat serta pelbagai kegiatan; hidup sempurna; lawan kepada rasa derita dan sakit; ada yang guna untuk lakukan maksiat kepada Allah; kufur nikmat.

6) Nikmat masa lapang- bebas daripada sebarang pekerjaan; bebas daripada pertanggungjawaban dunia; lawan kepada rasa sangat sempit dengan beban kerja.

7) Pengisian masa lapang- berbincang perkara-perkara ilmu; hadir ke majlis-majlis ilmu; perbanyakan ibadat; tidak dilalaikan dengan perkara kurang berfaedah.

8) Kalau mensyukuri nikmat- Allah akan limpahkan pelbagai nikmat lagi

9) Kalau lalai nikmat- kesan buruk pada manusia; nikmat akan ditarik balik; kesempitan hidup; tidak mendapat keberkatan; terima azab Allah.

10) Firman Allah Surah An-Nahl/112 bermaksud: "Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu misalan: sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yg meliputi keseluruhannya disebabkn apa yang mreka telah lakukan".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments