TMJ Tidak Bersetuju Pembinaan Universiti Muhammadiah di Pagoh | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

TMJ Tidak Bersetuju Pembinaan Universiti Muhammadiah di Pagoh


Kami rakyat JOHOR menyokong penuh titah DYMM Tunku Mahkota Johor berkenaan pembinaan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHamka) di Pagoh.

Walaupun projek pembinaan kampus ini telah di sokong oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Maszlee Malik, namun, Sultan Johor lebih berhak untuk memutuskan sama ada ia boleh dilaksanakan dalam negeri Johor ataupun tidak.

"Saya tidak bersetuju bagi membina Universiti Muhammadiah di Pagoh pada masa akan datang kerana agama Islam adalah di bawah tanggungjawab negeri iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Kedua, fahaman ini bercanggah dengan fatwa-fatwa negeri Johor Darul Takzim. Pastinya akan berlaku kekeliruan dan perbalahan di kalangan masyarakat sekaligus boleh menyebabkan perselisihan antara umat islam di Johor." Dipetik dari facebook HRH Crown Prince of Johor.

Ini adalah bersesuaian dengan Resolusi Multaqa Ahlussunnah Wal Jamaah yang telah diadakan pada 27 Nov 2017 bersamaan 7 Rabiul Awal 1439H di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor.


Berikut adalah Resolusi Multaqa ASWAJA JOHOR yang telah berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor pada Ahad, 26 Nov 2017 bersamaan 7 Rabiul Awal 1439H.
  1. Multaqa menyokong penuh fatwa / warta kerajaan negeri Johor berkenaan pengharaman wahabi di negeri Johor kerana membawa kepada perpecahan dan kekeliruan umat Islam.
  2. Semua agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu hendaklah memahami, mengamalkan, menghayati secara istiqamah dan mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al Asy'ariyah & Maturidiyah) sepanjang hayat sehingga hari kiamat.
  3. Semua agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu mesti saling bekerjasama, membantu dan menyokong dari segi kewangan, moral, fasiliti dan pelaksanaan apa sahaja bagi menjayakan sebarang program-program pemerkasaan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Al Asy’airah dan Maturidiah.
  4. Multaqa menyokong sepenuhnya tanpa berbelah bahagi dan menggesa kerajaan negeri Johor untuk mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengekang fahaman wahabi, fahaman yang mempromosi wahabi dan apa-apa fahaman yang berpotensi membolehkan fahaman wahabi berkembang dan tersebar di negeri Johor melalui apa apa medium.
  5. Multaqa bersetuju dan menggesa kerajaan negeri Johor menyemak kembali silibus-silibus aqidah yg diajarkan diperingkat Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, IPT-IPT atau apa sahaja premis pendidikan sama ada milik kerajaan atau swasta agar bebas dari fahaman-fahaman yang boleh menjerumuskan pada fahaman wahabi.

Allah peliharakan Sultan.

Luaskan kuasamua Johor.


No comments