Buat Duit Online | Jual Stock Video | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Buat Duit Online | Jual Stock Video

Assalammualaikum

Semoga semua yang membaca sentiasa dalam rahmat Allah Yang Maha Pengasih.

Kali ini aku nak share lagi cara buat duit online dengan menjual stock video. Ye! Jual video yang anda ambil dari telefon pintar anda atau dari camera point & shoot ataupun dari kamera video professional.

Kini dengan adanya telefon pintar yang semakin hari semakin canggih. Camera di telefon pun dah macam kamera video professional. Ditambah pula dengan memori telefon pintar yang semakin besar yang mana anda boleh shoot seberapa banyak video dari aktiviti anda seharian dan jualnya untuk kegunaan orang lain.

Tapi video yang hendak dijual tu mestilah berkualiti. Contohnya; video janganlah terlalu tergetar dan terlalu banyak ada pergerakan. Panjang video pula jangan kurang dari 10 saat. Ye!! 10 SAAT SAHAJA!!

Anda boleh cuba search dulu dari mana-mana website microstock seperti Shutterstock atau banyak lagi yang lain. Cuba cari tab Stock Video. Di situ anda boleh preview stock video orang lain yang telah berjaya di listkan untuk dijual.

Aku nk share kan salah satu tempat yang aku subscribe dan guna untuk jual stock video.

Blackbox Global
Aku jual di Blackbox Global. So far baru 10 video. Dari group yang aku join, diorang bagitau, paling kurang 50 video dah upload, baru senang skit nk dapat hasilnya.

Ok. Video-video yang kita upload di Blackbox Global ni, diorang akan jual plak ke syarikat-syarikat microstocker lain yang ada. Jadi kita tak perlu sakit kepala untuk nk upload di setiap tempat lain. Sebab setiap kali korang upload, korang kena masukkan detail setiap video tu dan yang paling pentingnya, KEYWORD kenalah bersesuaian dengan video agar lebih mudah dijual dan dicari oleh pelanggan.


Aku nk tunjuk pun segan sebab belom ada hasil. Tapi tak pela.. pelan-pelan kayuh, insyaAllah.

Dalam Blackbox ni ada satu lagi kelebihannya yang mana kita boleh buat kerjasama dengan orang lain yang mungkin ada banyak video yang perlu di edit dan di upload ke Blackbox. Jadi mereka memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan itu semua dan hasil jualan video tersebut akan di bahagikan mengikut seperti yang dipersetujui. Semua ini di setkan secara automatik oleh BlackboxGlobal dan anda boleh lihat semua maklumat di dashboard.

Kalu korang berminat untuk nak join BlackboxGlobal ni, jom masuk KLIK REFERAL aku ni

Ini tak sama mcm korang upload video ke youtube. Cara buat duit dengan youtube lain. Anda perlu ada content yang bagus dan baru anda dapat view yang bagus.

Stock video ini adalah klip atau video pendek yang mana mungkin akan digunakan untuk iklan, drama dan kadang-kadang filem wayang pun gunakan stock video ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Sila komen dan sharekan pendapat anda.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments