Kelebihan Amalan Bulan Rejab | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Kelebihan Amalan Bulan Rejab



Awal malam bulan Rejab adalah salah satu malam pengabulan Do'a. Nabi Muhammad ﷺ :

إن الدعاء يستجاب فى خمس ليال فى ليلة الجمعة وليلة الأضحى وليلة الفطر واول ليلة من رجب وليلة نصف الشعبان.
Ertinya:
"Sungguh Do'a akan dikabulkan pada 5 (lima) malam, iaitu :
1. Malam Jumaat
2. Malam Hari Raya Aidil Adha
3. Malam Hari Raya Aidil Fitri
4. Malam Pertama Bulan Rejab
5. Malam Nisfu Sya'ban (malam kelima belas bulan Sya'ban)"

{Keterangan dari kitab "As-Sunanul Kubra", karya Imam Al-Baihaqi: 3 / 319, cetakan "Darul Fikr", Beirut, Lebanon}

Selain itu, ada 3 (tiga) Hadis Rasulullah ﷺ di dalam Kitab "Al-Hawi lil Fatawi", karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi: 1 / 352, cetakan "Darul Fikr", Beirut, Lebanon tentang keutamaan Puasa di bulan Rejab, iaitu:


1. (HR Anas), Rasulullah ﷺ bersabda :

ان فى الجنة نهرا يقال له رجب. ماؤه أبيض من اللبن وأحلى من العسل. من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر.
Ertinya :
"Sungguh di dalam surga terdapat sebuah sungai yang disebut Rajab. Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa Puasa sehari di bulan Rajab, maka Alloh akan memberi minum dari air sungai itu."


2. (HR Anas), Rasululloh ﷺ. bersabda:

من صام من شهر حرام الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سبعمائة سنة.
Ertinya :
"Barangsiapa Puasa di bulan Harom, yaitu hari Kamis, Jum'at dan Sabtu, maka akan ditulis baginya ibadah 700 (tujuh ratus) tahun."


3. (HR Ibnu Abbas), Rasulullah ﷺ bersabda:

من صام من رجب يوما كان كصيام شهر ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه أبواب الجحيم السبعة ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنة الثمانية ومن صام منه عشرة أيام بدلت سيئاته حسنات.
Ertinya :
"Barang siapa Puasa sehari di bulan Rajab, bagaikan Puasa sebulan. Barang siapa Puasa 7 (tujuh) hari di Bulan Rejab, maka 7 (tujuh) Pintu Neraka jahim dikunci gembok. Dan, barang siapa Puasa 8 (lapan) hari di Bulan Rajab, maka 8 (lapan) Pintu Surga dibuka. Juga, barang siapa Puasa 10 (sepuluh) hari di bulan Rejab, maka amal-amal buruknya diganti dengan amal-amal baik."

Selain itu, Rasululloh ﷺ bersabda :

من صام ثلاثة أيام من شهر حرام، الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سنتين.
Ertinya :
"Barang siapa Puasa 3 (tiga) hari di bulan Haram (Dzulkaedah, Dzul-Hijjah, Muharram, dan Rejab),  iaitu Puasa hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu, maka dituliskan baginya ibadah 2 (dua) tahun."


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments