Khutbah Jumaat Johor | 8 Mac 2019 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 8 Mac 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 08 Mac 2019
                 01 Rejab 1440
TAJUK  : Keberkatan Ilmu
             
1) Firman Allah surah Al-an'am/155 bermaksud: "Dan ini sebuah kitab (Al-qur'an) yang Kami turunkan yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh Rahmat".

2) Maksud keberkatan- sentiasa melimpah kebaikan dan manfaatnya; bertambah kebaikan kemudian (Imam Nawawi).

3) Maksud ilmu- segala apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya.

4) Ilmu yang ada keberkatan- ilmu yang menunjukkan kepada taqwa; mendekat diri kepada Allah; membawa kepada kebenaran.

5) Ilmu yang memberi kesan- orang yang mengamalkan ilmunya; memberi manfaat kepada orang lain.

6) Ilmu yang tidak berkat- berilmu tetapi sombong; tidak hormat guru; angkuh; tidak berakhlak; tidak bersyukur; tidak solat; tidak patuh perintah Allah.

7) Belajar ilmu agama- tidak berkat jika hati tidak bersih; ilmu tunjuk jalan kebaikan; usaha iblis halang manusia dari berilmu; jerumus manusia dalam kesesatan.

8) Antara cara peroleh keberkatan ilmu:-
8.1) Niat cari ilmu kerana Allah- mendapatkan keberkatan dan keredhaanNya.

8.2) Beramal dengan ilmu yang dimiliki- kurang keberkatan jika kurang diamalkan ilmu yang dipelajari.

8.3) Mengajarkan ilmu kepada orang lain- akan diberi ganjaran pahala.

8.4) Tidak guna ilmu untuk kejar nikmat dunia- berilmu untuk dekatkan diri kepada Allah; memberi manfaat kepada manusia.

8.5) Tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki- bersifat rendah diri; segalanya hanya pinjaman sementara di dunia.

8.6) Menjaga adab dengan ilmu- memberi perhatian dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

8.7) Berguru dengan guru yang alim- agar tidak terpesong daripada kebenaran; berkaitan ilmu agama.

8.8) Berdoa mohon keberkatan Allah- mohon dikurniakn ilmu yang bemanfaat.

9) Firman Allah Surah Az-Zumar/9 bermaksud: "(Engkau yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkn rahmat Tuhannya? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".

                  بارك الله لي ولكم ...


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments