Khutbah Jumaat Johor | 24 May 2019 | 19 Ramadhan 1440H | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 24 May 2019 | 19 Ramadhan 1440H



INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 24 May 20l9
                 19 Ramadhan 1440
TAJUK  : Hidupkan Malam Lailatulqadar
             
1) Firman Allah Surah Al-qadar/1-5 bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Qur'an) pada lailatulqadar........................................
Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun Malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar".

2) Malam lailatulqadar - menjadi rebutan orang beriman; malam penuh keberkatan dan rahmat; jatuh pada 10 mlm terakhir di bulan Ramadhan; pada salah satu malam ganjil; atau pada malam genap kata para ulama'; dirahsiakan keujudannya agar umat Islam sentiasa pertingkat ibadat di sepanjang malam tersebut.

3) Hadith bermaksud: "Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 akhir (Ramadhan) melebihi kesungguhannya pd bulan2 yg lain". (HR: Imam Ahmad)

4) Antara orang yang mendapat lailatulqadar- orang yg tidak pernah meninggalkan solat isyak dan solat tarawikh berjemaah.

4.1) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan lailatulqadar". (HR: Ibnu Huzaimah)

5) Mencari lailatulqadar- lakukan amal ibadat secara istiqamah; bermula malam pertama Ramadhan; niat ikhlas untuk dapat ridho Allah.

6) Antara amalan malam lailatulqadar - beriktikaf di masjid; melakukan qiamullail; dirikan solat-solat sunat; banyak berzikir; istigfar berselawat; bertadarus serta mohon keampunan.

7) Berdoa jika bertemu malam Lailatulqadar seperti doa Rasulullah bermaksud: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (kesalahan hamba-hamba Mu) lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah kesalahanku".
(HR: Imam At-tirmidzi)

8) Beruntung sebagai umat Nabi Muhamnad - mendapat kurniaan pahala melebihi 1,000 bulan; sekitar 83 tahun umur kita; rugi bagi yang tidak berusaha memanfaatkan kesempatan di bulan mulia ini.

9) Firman Allah Surah Al-hadid/21 bermaksud; "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yg besar".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments