Review D'Laman Kontena Homestay | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Review D'Laman Kontena Homestay



Pada 24 May 2019 yang lalu telah diadakan Majlis Khatam Al Quran di Masjid Baitul Rahman, Rengit, Batu Pahat. Jadi malam tu, admin bermalam di salah sebuah homestay di Senggarang, Batu Pahat.

D'Laman Kontena Homestay



Disebabkan program Majlis Khatam Al Quran tu bermula seawal jam 8 pagi, jadi admin terpaksa bermalam di situ sebab tak nak la terkejar-kejar kalau bergerak awal pagi dari JB.

Homestay menarik. Terdapat 4 buah homestay berwarna merah, biru, hijau dan kuning. Nak cari pun tak susah walaupun dh tengah malam masa tu sebab admin tiba di homestay tu lebih kurang jam 4 pagi.

Nampak dari luar comel je. Admin ingatkan dalam dia kecik. Tapi aku sendiri tersilap. Dalam homestay tu ada ruang tamu dan 2 bilik tidur dan satu bilik air serta siap dilengkapi dengan aircond. Memang cukup selesa dan nyaman dalam homestay tersebut. Tempat letak kereta juga luas. Anda juga boleh buat simple event dia tempat letak kereta homestay tu.


Susunan perabot pun simple je. Setiap bilik ada satu katil saiz queen bed. So kalu datang ramai-ramai, setakat 10 orang pun masih selesa dalam homestay ni. Cuma bilik air dia terlalu comel. Kalu yang badan besar, mungkin kena hati-hati.. takut-takut tersangkut plak dalam bilik air dia. Hehehe..

Tingkat atas homestay ni, diorang buat satu restoran. Tapi sebab admin pegi masa tu bulan puasa, so tak dapat la nk tengok apa yang ada di restoran tingkat atas tu.

Kalau korang nk pegi, boleh contact owner dia.

Ini facebook pagi homestay ni --> https://www.facebook.com/DLAMANRESTAURANTBATUPAHAT/
Tel : 017 - 310 5693

Untuk homestay ni.. admin bagi 4 bintang!

------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments