Khutbah Jumaat Johor | 14 Jun 2019 | 10 Syawal 1440 | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 14 Jun 2019 | 10 Syawal 1440



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 14 Jun 20l9
                 10 Syawal 1440
TAJUK  :  Amalan Ziarah  Memperkukuhkan Silaturrahim
               
1) Amalan ziarah- amalan mulia; pelihara hubungan sesama manusia; perkukuh hubungan kekeluargaan rakan jiran tetangga; kunjung mengunjung di bulan Syawal atas semangat persaudaraan sesama muslim.

2) Firman Allah Surah Al-Hujrat/10 bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat".

3) Manfaatkn amalan ziarah- yg jauh menjadi dekat; yang renggang jadi rapat; yang bersengketa menjadi damai; lakukan ziarah ke rumah saudara mara jiran tetangga dan sahabat kita.

4) Beberapa panduan dalam adab berziarah :-
4.1) diniatkan dengan ikhlas untuk tujuan kebaikan- jauhi niat yang tidak baik; menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, cari aib dan lain-lain.

4.2) minta izin sebelum lakukan ziarah- tuan rumah sedia terima kunjungan; pilih masa sesuai.

4.3) memberi salam sebelum masuk rumah yang dikunjungi- beredar setelah salam sebanyak tiga kali tidak berjawab.

4.3.1) Firman Allah surah An-nur/27 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya................".

4.4) memakai pakaian yang bersesuaian- cerminkan keperibadian seseorang; berpakaian menutup aurat bersih kemas.

4.5) sentiasa menjaga tingkah laku- jaga tutur kata; tidak menyakiti hati sesiapa; tidak cerita keburukan orang lain.

4.6) menikmati jamuan dgn penuh tertib- ambil makanan yang lebih dekat; makanlah walau sedikit; hormati perasaan tuan rumah.

4.7) tidak terlalu lama dalam melakukan amalan ziarah- beri keselesaan tuan rumah lakukan urusan lain.

4.8) mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah- ucapan penghargaan; berdoa untuk kerahmatan dari Allah.

5) Hidupkan amalan ziarah- tingkat hubungan persaudaraan; didik ahli keluarga jaga adab berziarah & layan tetamu; semoga Allah memberkati kehidupan kita; melapangkan segala kesulitan; membuka pintu rahmatNya; mengurniakan kehidupan yang tenteram dan harmoni.

6) Firman Allah Surah An-nisa'/1 bermaksud: "..........dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".


                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments