Khutbah Jumaat Johor | 12 Julai 2019 | 9 Zulkaedah 1440 | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 12 Julai 2019 | 9 Zulkaedah 1440



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT

TARIKH : 12 Julai 20l9 | 09 Zulkaedah 1440

TAJUK  :  Hormati Solat Jumaat
                                       
1) Solat Jumaat- solat fardhu dua rakaat menggantikan solat Zohor; secara berjemaah; selepas dengar khutbah; hukumnya fardhu ain; wajib dikerjakan setiap mukallaf lelaki; dengan syarat2 tertentu.

2) Firman Allah Surah Al-jum'ah/9 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".

3) Antara adab-adab solat Jumaat :-
3.1) sebelum ke mesjid- mandi sunat jumaat; pakai wangi-wangian; berpakaian sebaik-baiknya; bersih dan bersesuaian; tidak berpakaian ada gambar tulisan-tulisan atau corak kurang elok; disunatkan datang awal.

3.2) di masjid- berniat i'tikaf; lakukan solat tahiyatul masjid; baca Al-Qur'an; berzikir; berselawat dan lain-lain.

3.3) menghormati khutbah jumaat- salah satu daripada lima syarat sah solat Jumaat; peringatan tentang ukhrawi dan dunyawi; untuk masyarakat muslim; tumpukan perhatian sepenuhnya.

4) Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jika engkau berkata pada sahabatmu pada hari Jumaat 'Diamlah' ketika khatib sedang berkhutbah, sungguhnya engkau telah berkata sia-sia".
(HR: Al-bukhari)

5) Sebagai orang beriman- menjaga adab ketika mendengar khutbah; ambil iktibar dan pengajaran; peroleh ganjaran; pengampunan dari dosa-dosa.

6) Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berwudhuk dengan sempurna kemudian hadir utk bersolat Jumaat, kemudian dia diam untuk mendengarkan khutbah maka dia diberi keampunan terhadap dosa-dosa yang ada di antara hari Jumaat dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah lagi tiga hari".  (HR: Imam Muslim)

7) Hari Jumaat- hari yang mustajab untuk berdoa; harapkan keampunan rahmat dan pertolongan Allah; aminkan bacaan doa imam; hari paling agong di sisi Allah; penghulu segala hari.

8) Firman Allah Surah At-taubah/18 bermaksud: "Hanya sanya yang layak memakmurkn (menghidupkn) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkn kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments