Cara Untuk Print Terus dari Telefon ANDROID ke Printer | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Cara Untuk Print Terus dari Telefon ANDROID ke Printer

Assalammualaikum.

Aku nk share bagaimana kita boleh print dokumen atau apa-apa dari telefon android terus ke printer.

Sekarang ni, aku yakin ramai ibu bapa pening untuk nak menguruskan cara pembelajaran untuk anak-anak dalam musim PKP ni. Dengan sistem PDPR yang baru ni, semua nak kena ada telefon, data internet dan printer. Dengar cerita member, kebanyakkan laptop, pc dan printer sekarang pun banyak yang dah xde stok. Ink printer pun dh naik harga sekarang ni. 

Ye. Untuk yang mampu, mungkin boleh dapatkan printer yang ada teknologi bluetooth dan wifi yang rata-rata berharga lebih RM600. Tapi untuk mereka yang macam aku, cuma ada printer lama jenis Canon MP245 je, so ini antara cara yang paling mudah. 

Bayangkan anda ada 3 orang anak yang masih bersekolah. Ketiga-tiga ada group whatsapp dan telegram masing-masing. Komputer pula ada satu yang bersambung dengan printer. Jadi setiap kali anak-anak nak print kerja sekolah yang diberikan, kena la logout accout whatsapp & teleram di pc dan login account yang baru. Jadi agak menyusahkan. 

Jadi, untuk memudahkan, korang boleh dapatkan On The Go (OTG) cable mcm dlm gambar ni.



Cable ni kalau korang beli di kedai gadget telefon, harga mungkin lebih dari RM10 kot. Tapi kalu korang bleh dapatkan di SCo Shop, mungkin boleh dapat lebih murah. Aku beli harga RM18 masa tu.


Untuk nk guna, cuma perlu sambungkan cable ni pada telefon korang. Korang kena pastikan, option untuk OTG ni di aktif kan pada telefon korang. Check pada setting telefon korang sebab ada telefon memang dh sentiasa ON dan bila disambungkan, dia akan automatik detect device baru yang disambungkan.


Untuk nk print, korang perlukan apps ni dalam telefon android korang. NOKOPRINT. Apps ni akan install driver untuk printer korang dalam telefon. Aku pernah try apps lain, tapi nak kena beli dulu apps tersebut baru boleh guna untuk print dokumen. Kalau tak, korang cuma boleh buat test print je. Cuma bila pakai apps yg free ni memang iklan bersepah la pulak. 

Lepas tu, korang boleh la print direct dari telefon android korang. 

Walaubagaimana pun, memang print dari komputer direct adalah yg terbaek. Cuma ini sebagai satu alternatif.

Semoga info ini bermanfaat untuk korang.

Sila share dan kongsikan kepada mereka yang mungkin belom tau tentang ini.
Kalau korang ada cara yang lebih mudah, bleh sharekan diruangan komen supaya kita sama-sama dapat bantu yang lain.

------------------------------------

Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments