Khutbah Jumaat JDT | 12 Mac 2021 | 28 Rejab 1442 | Israk dan Mikraj Hubungnya dengan Solat | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat JDT | 12 Mac 2021 | 28 Rejab 1442 | Israk dan Mikraj Hubungnya dengan Solat




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 12 Mac 2021 | 28 Rejab 1442
TAJUK  : Israk dan Mikraj Hubungnya dengan Solat

1) Israk & Mikraj- peristiwa luar biasa; satu mukjizat; hanya di alami oleh Baginda Rasulullah SAW; berlaku setahun sebelum Hijrah; bukti kekuasaan dan keagungan Allah SWT. 
                 
2) Firman Allah Surah Al-isra'/1 bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palastine) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatakn kepadanya tanda-tanda (kekuasaan & kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". 

3) Maksud Israk- perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam; menaiki Burak; dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. 

4) Mikraj- perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke langit ke-7 sehingga ke Sidratul Muntaha; berlaku secara jasad & roh; diiringi Malaikat Jibrail AS. 

5) Di Masjidil Aqsa- Baginda bersolat; mengimami kesemua para Rasul; melihat Baitul Maqdis; pilih susu tolak arak. 

6) Di langit- Baginda bertemu sebahagian para Rasul; diperlihatkan keadaan penghuni-penghuni Syurga & Neraka; juga lain-lain tanda Kebesaran Allah. 

7) Di Sidratul Muntaha- diwahyukn perintah kewajipan tunai solat; ibadat paling utama dalam Islam. 

8) Peristiwa agung- perlu diketahui; wajib diimani; ambil iktibar & pengajaran; tingkat keimann kepada Allah & kepada Baginda Rasulullah. 

9) Antara tujuan Baginda di Israk & Mikraj- terima perintah solat 5 waktu sehari semalam; perintah bermula dengan 50 kali; Allah izin permohonn Baginda kepada 5 kali; pahalanya menyamai 50 solat fardhu. 

10) Ibadat Solat- ibadat penting & mulia; perkara utama dalam ibadat; amalan yang dihisab terlebih dahulu di akhirat; seluruh amal kebaikan ditolak Allah jika tidak solat. 

11) Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang hamba pada hari qiamat adalah solatnya. Sekiranya solat itu baik, sungguh ia telah beruntung dan selamat dan jika solatnya rosak maka ia akan rugi dan tidak beruntung". 
(HR: Imam At-tirmizi) 

12) Kalangan umat islam yang abaikan solat- tidak rasa bersalah; solat bukan kerana Allah; ingin dipandang mulia; hanya solat Jumaat sahaja; tidak ambil berat ilmu solat; solat yg tiada nilai di sisi Allah; nyatakan solat tidak wajib; berdosa besar; mendapat murka Allah; hina dunia akhirat. 

13) Firman Allah Surah Maryam/59 bermaksud: "Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka)". 

14) Ketika peristiwa Israk Mikraj- Baginda diperlihatkan satu kaum yang kepalanya berkecai dihempah batu besar. Kata Jibrail" Mereka itu ialah orang-orang yang sentiasa malas untuk menunaikan solat fardhu". 

15) Firman Allah Surah Tohaa/132 bermaksud: "Dan perintahkan lah keluarga serta umat mu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaiknnya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu (bahkan) Kamilah yg memberi rezeki kepada mu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". 

                     بارك الله لي ولكم ....

------------------------------------

Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments