Cara Mohon Tauliah Penceramah di Johor | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Cara Mohon Tauliah Penceramah di Johor



Assalammualaikum.

Kali ni aku nk sharekan cara untuk mendapatkan tauliah penceramah atau ustaz-ustaz dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Sekarang ni, Alhamdulillah, banyak masjid-masjid baru dibina di taman-taman perumahan baru. Tak kurang juga surau-surau bagi masyarkat kecil dalam sesebuah komuniti. Banyak juga majlis-majlis ilmu berjalan dari kuliah subuh, kuliah maghrib dan sesetengah tempat mempunyai kelas pengajian kitab atau talaqqi kitab dari guru-guru agama yang bertauliah.

Untuk nak anjurkan majlis-majlis ilmu atau majlis-majlis zikir ini, masjid perlulah mendapatkan tauliah bagi penceramah dan juga kebenaran untuk menganjurkan majlis dari pihak MAINJ.

Mungkin ada yang belum tau. Aku cuma share kan dari pengalaman aku sendiri. InsyaAllah.



1. Ini adalah untuk permohonan melalui Pejabat Kadi Daerah. Kalau di Johor Bahru, mohonlah di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, Tingkat 2, Blok B, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

2. Jumpa pegawai yang ada di kaunter dan tanyakan bagaimana untuk anda dapatkan borang B.

Nanti dia akan berikan anda borang B dan isikan.

3. Sebaiknya, untuk anjurkan majlis, mohonlah 2-3 minggu sebelum majlis anda.

4. Sertakanlah bersama poster majlis dan biodata penceramah jemputan / ustaz pembimbing atau resume.

5. Biasanya permohonan ini diproses dalam 5 hari bekerja. Tapi biasanya hari ke-3 dah siap dah.

Sebaiknya dapatkan borang yang original dari pejabat Kadi Daerah. Mungkin borang ini telah dikemaskini.

Semoga bermanfaat kepada semua.




------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments