Design for Dawah. Upah design. Travel & Umrah. Tips Travel.

Showing posts with label NGO. Show all posts
Showing posts with label NGO. Show all posts

Monday, 18 March 2019

Cara Mohon Tauliah Penceramah di Johor



Assalammualaikum.

Kali ni aku nk sharekan cara untuk mendapatkan tauliah penceramah atau ustaz-ustaz dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Sekarang ni, Alhamdulillah, banyak masjid-masjid baru dibina di taman-taman perumahan baru. Tak kurang juga surau-surau bagi masyarkat kecil dalam sesebuah komuniti. Banyak juga majlis-majlis ilmu berjalan dari kuliah subuh, kuliah maghrib dan sesetengah tempat mempunyai kelas pengajian kitab atau talaqqi kitab dari guru-guru agama yang bertauliah.

Untuk nak anjurkan majlis-majlis ilmu atau majlis-majlis zikir ini, masjid perlulah mendapatkan tauliah bagi penceramah dan juga kebenaran untuk menganjurkan majlis dari pihak MAINJ.

Mungkin ada yang belum tau. Aku cuma share kan dari pengalaman aku sendiri. InsyaAllah.



1. Ini adalah untuk permohonan melalui Pejabat Kadi Daerah. Kalau di Johor Bahru, mohonlah di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, Tingkat 2, Blok B, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

2. Jumpa pegawai yang ada di kaunter dan tanyakan bagaimana untuk anda dapatkan borang B.

Nanti dia akan berikan anda borang B dan isikan.

3. Sebaiknya, untuk anjurkan majlis, mohonlah 2-3 minggu sebelum majlis anda.

4. Sertakanlah bersama poster majlis dan biodata penceramah jemputan / ustaz pembimbing atau resume.

5. Biasanya permohonan ini diproses dalam 5 hari bekerja. Tapi biasanya hari ke-3 dah siap dah.

Sebaiknya dapatkan borang yang original dari pejabat Kadi Daerah. Mungkin borang ini telah dikemaskini.

Semoga bermanfaat kepada semua.




------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Thursday, 7 March 2019

Majlis Haul Sultan Ariffin @ Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al Jailani, Pulau Besar, Melaka | 1hb April 2019



MAJLIS HAUL SULTAN ARIFFIN @ SYEIKH ISMAIL BIN ABDUL QADIR AL JAILANI PULAU BESAR, MELAKA pada 1hb April 2019

BERSAMA TETAMU ISTIMEWA HABIB UMAR AL JAILANI DARI MAKKAH AL MUKARAMAH







PENGENALAN
SIAPA SULTAN AL-ARIFFIN @ SHEIKH ISMAIL BIN ABDUL QADIR AL JAILANI?
1.   Nama sebenar beliau ialah Ismail bin Abdul Qadir. Gelar tambahan ‘Sultan al-Ariffin Sheikh’ adalah penghormatan yang diberikan kepada beliau oleh muridnya di dalam tradisi Sufi. Beliau adalah Sheikh Tariqah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Shattariyyah dan Jistiyyah.

2.   Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun.

3.   Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari RasuluLlah s.a.w. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari RasuluLlah s.a.w.
4.   Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.
5.   Menariknya, kesemua 43 pendakwah ini (ada yang mengatakan kesemuanya wali Allah belaka) meninggal di Pulau Besar. Cuma makam yang telah dikenal pasti hanyalah 4 makam iaitu Makam Sheikh Ismail, Sheikh Yusuf, Sheikh Ibrahim dan Sarah (anak Sheikh Yusuf yang berkahwin dengan Sheikh Ibrahim).
6.   Sheikh Ismail dikatakan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki, dua perempuan. Malangnya maklumat mengenai mereka belum diketahui setakat ini.
7.   Sejarah kedatangan Sheikh Yusuf dan rombongan ke Pulau Besar amatlah menarik untuk difahami.Ketika beliau berumur 7 tahun, bapanya telah bermimpi agar pergi menziarahi Makam RasuluLlah s.a.w. Ketika di Makam RasuluLlah s.a.w., mereka telah diarahkan oleh Baginda agar pergi melakukan dakwah ke Alam Melayu. Adapun bagaimana komunikasi ini berlaku, samada melalui mimpi atau ilham tak usah kita polemikkan di sini.

8.   Kemudian, apabila Sheikh Ismail sudah dewasa iaitu sekitar awal 30an, kali ini beliau sendiri bermimpi untuk segera ke Makam RasuluLlah di Madinah. Ketika menziarahi Makam Baginda, Sheikh Ismail mendapat arahan serupa untuk segera berdakwah ke Alam Melayu.(Kisah terperinci sila baca Buku ini).

9.   Sheikh Ismail dan rombongan seramai 16 orang pertama kali sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M ketika berumur 32 tahun. Mereka segera menjadikan Pulau tersebut sebagai Markas Dakwah dan Tarbiah.

10.   Ketika kehadiran mereka di Pulau Besar, Kesultanan Melayu Melaka ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (1488 – 1528M), Sultan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan penjajah Portugis pada 1511.



SUNAN BONANG DAN SUNAN GIRI BERGURU DI PULAU BESAR
11.   Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Sheikh Ismail yang juga di kenali sebagai Wali Lanang. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa, lantas membuka pesantren atau pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.
12.   Hasil dakwah yang gigih dari Wali Songo ini, maka pada tahun 1517, Kerajaan Majapahit tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Islam Demak yang menjadi pemangkin kepada penyebaran Islam ke seluruh Kepulauan Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, bolehlah dikatakan bahawa Pulau Besar mempunyai saham di dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu sebagaimana yang diamanahkan kepada Sheikh Ismail.
13.   Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 terubat dengan tertegaknya Kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Wali Songo pada 1517.

SHEIKH ISMAIL MENINGGAL DUNIA
14.   Sheikh Ismail kembali ke RahmatuLlah pada tahun 1520 ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dakwah yang dipesan oleh RasuluLlah s.a.w. melalui ilham atau mimpi selama 25 tahun di Pulau Besar. Makamnya adalah testimoni akan pengabdian yang mutlak kepada Allah ta’ala di dalam melaksanakan amanah dakwah yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

15.   Cuma yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah setakat ini belum ditemui akan titisan ilmu yang beliau wariskan di dalam bentuk buku untuk dikaji dan didalami oleh para pendakwah masa kini. Kita harus memahami juga berbanding dengan Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel,Nuruddin ar-Raniri di Acheh, mereka hidup ketika Kerajaan Islam telah tertegak yang memungkinkan buku dapat ditulis dan diterbitkan. Sedangkan Sheikh Ismail datang ke Melaka, ketika Kerajaan Melaka menghadapi krisis dalaman yang parah kesan dari hukuman bunuh terhadap Bendahara Melaka yang berkaliber oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah. Akibatnya, Melaka jatuh.

OLEH AHMAD AZAM

------------------------------------

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Friday, 1 March 2019

NGO-NGO ASWJ JOHOR SOKONG TITAH DYMM SULTAN JOHOR



Alhamdulillah!
Takbir! Allahuakbar!!

NGO-NGO ASWJ Negeri Johor menyokong 100% Titah Baginda DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
"Setelah membuat penelitian sedalam-dalamnya, maka saya melihat bahawa cadangan penubuhan Universiti Muhammadiyah ini bertentangan dengan semua bidang kuasa dan peruntukan perundangan berkaitan agama Islam di negeri Johor Darul Ta'zim.

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kekeliruan, perbalahan dan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini, saya menolak cadangan penubuhan cawangan Universiti Muhammadiyah di negeri Johor."

Allah Peliharakan Sultan..

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Thursday, 17 January 2019

Perjumpaan NGO ASWJ Johor dengan YADIM

Alhamdulillah. Telah berlangsung perjumpaan pertama NGO ASWJ Johor bersama Timbalan Yang Dipertua YADIM yang baru, YB Ustaz Hj Dzolkarnain bin Abidin di Restoran Selasih pada 17 Jan 2019. Ini adalah perjumpaan rasmi kali pertama setelah perlantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua  yang baru selepas pilihan raya yang lalu.









Perjumpaan ini dihadiri oleh lebih 20 NGO yang bergiat aktif di dalam Negeri Johor.

Semoga usaha dan kerjasama ini berkekalan dalam menjamin kesejahteraan umat Islam yang berakidah Ahlussunahwal Jamaah.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Friday, 4 January 2019

Labels

Semasa (254) Upah Design (229) design (226) Tempah Design Murah (211) Design Poster (176) poster (50) Tips (39) Tips Travel (26) Design Logo (22) Logo Design (22) ASWJ (21) Doa (21) Pengajian Kitab (21) logo (19) banner (16) Design Banner (15) Maulidur Rasul (15) Shopee (15) Qasswa Travel & Tours (14) Selawat (14) Vector (14) Johor (13) Masjid Taman Pulai Indah (13) Hari Raya (12) Bisnes (11) Tangkak (11) Design Bunting (10) Kad Ucapan (10) Kelebihan Selawat (10) Trace Logo (10) Jom Travel (9) Majlis Khatam Al Quran (8) Qasswa (8) Rakan Muda (8) backdrop (8) SEAAT (7) BMW (6) Daurah Kitab (6) MTPI (6) Tolak Wahabi (6) Cara Untuk.. (5) Design Backdrop (5) Masjid (5) NGO (5) Rejab (5) Aidilfitri (4) Bunting (4) Design Sticker (4) Design Tshirt (4) Muar (4) Ruqaiyah Batu Pahat (4) Sultan Johor (4) UMNO (4) Umrah (4) Batu Pahat (3) Business Card (3) DASAR (3) Kursus Umrah (3) Maulid Agung Alam Melayu (3) Maulid Akbar (3) Mutiara Kata (3) Ramadan (3) Ramadhan (3) Review (3) Sticker (3) Tahniah (3) Yadim (3) Zikir (3) 1440H (2) Bicara Agama (2) Broucher (2) Buat Duit Online (2) Cuti Sekolah (2) Design Broucher (2) Design FB Header (2) Flyers (2) Hadis (2) Korban (2) Label (2) Logo Masjid (2) MAQAR Desaru (2) Majlis Haul (2) Majlis Ilmu (2) Poster Tangga (2) Produk (2) Qiamullaill (2) Ride (2) Rollup Bunting (2) Segamat (2) Selawat Nariah (2) Sharing (2) Tips Design (2) Tips Umrah (2) Travel (2) Turki (2) Wakaf (2) domain (2) 2025 (1) Advertising (1) Arifa Exclusive (1) BBWJOHOR2019 (1) Bank Pembayaran (1) Big Bad Wolf Johor (1) COVID-19 (1) Canva Template (1) Corona Virus (1) Design Sijil (1) Doodle (1) ESQ (1) Edible Cake (1) Exploration (1) FB Header (1) Fly High (1) Free Market (1) Gelombang Haba (1) Habib Umar Al Jailani (1) Habib Umar Bin Hafiz (1) Hadith (1) Haji (1) Huion (1) Huion H950P (1) Iftar Perdana (1) Illustration (1) Illustrator (1) Infografik (1) Israk Mikraj (1) Istighfar Rejab (1) Kad Kahwin (1) Kemboja (1) Khat (1) Khatam Al Quran Perdana (1) Korea (1) Kuliah PMaghrib Perdana (1) Kuliah Subuh (1) Larnyard (1) MAINJ (1) Majalah (1) Majlis Raudah Al Jannah (1) Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai (1) Masjid Baitul Rahman (1) Maulid Agung (1) Melaka (1) Meteorologi Malaysia (1) Monogram (1) Motor Trip (1) Muhammad (1) Multaqa (1) Mydin (1) Mydin Mutiara Rini (1) New Year (1) Pagoh (1) Pasir Gudang (1) Pen Tablet (1) Pencemaran Alam (1) Perdana Menteri Malaysia (1) Portrait (1) Poster Selawat (1) Program Cuti Sekolah (1) Pulau Besar (1) Qurban (1) Ratib Al Haddad (1) Selawat Syifa (1) Sheikh Abdul Qadir Al Jailani (1) Sijil (1) Sindrom Down (1) Sindrom Down Negeri Johor (1) Skudai (1) SlideShow (1) TMJ (1) TV9 (1) Tabung Haji (1) Tarbiah (1) Template (1) Testimoni (1) Thaipusam (1) Tip Kesihatan (1) Trip (1) UTHM (1) Vast Travel (1) Wanita (1) Waqaf (1) Warung Talk (1) Wirdul Latif (1) Yemen (1) Zam Zam (1) baner (1) featured (1) pakaian kanak-kanak (1) png (1) webhosting (1)

Blog Archive