Perhatikan Peristiwa-peristiwa Akhir Zaman Sebagaimana Yang Disenaraikan! Kita Sangat Hampir! | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Perhatikan Peristiwa-peristiwa Akhir Zaman Sebagaimana Yang Disenaraikan! Kita Sangat Hampir!



Mari sama-sama kita perhatikan peristiwa-peristiwa akhir zaman sebagaimana yang disenaraikan, manakah lagi yang belum kita saksikan?

Apakah kita sudah cukup persiapan?
Jangan lagi kita lengahkan, apa jua jenis bekalan.
Ia semakin hampir mendekat datang.
Tinggal menanti saat-saat kemunculan detik yang lebih mendebarkan.
Moga Allah anugerahkan kita keselamatan, taufiq dan bimbingan.

Rujukan: Kitab 40 Hadis Akhir Zaman, Susunan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.


  1. Perselisihan yang banyak.
  2. Celaka (binasa) bagi bangsa Arab.
  3. Umat Islam ramai, tetapi lemah. Seperti buih di lautan kerana cinta dunia, takut mati.
  4. Kewafatan ramai alim ulama dan hilang ilmu bersama hilangnya ulama.
  5. Umat Islam mengikuti langkah Yahudi dan Nasrani.
  6. Muncul golongan anti hadis.
  7. Sentiasa ada golongan umat Muhammad s.a.w. yang menang. (Walaupun dalam kebejatan fitnah, akan tetap ada golongan memperjuangkan agama Allah).
  8. Umat Islam ditimpa penyakit umat terdahulu (Banyak bersuka ria, terlalu mewah, kumpul harta, tipu dalam merebut harta, saling memarahi dan dengki mendengki).
  9. Islam kembali asing.
  10. Hidup penuh kemewahan (sering bertukar pakaian dan makanan bersilih ganti dihidangkan).
  11. Budaya rasuah berleluasa.
  12. Hilang sifat amanah.
  13. Orang baik berkurangan, sedangkan yang jahat bertambah ramai.
  14. Iman, tidak mampu diselamatkan, kecuali lari membawa diri dari puncak gunung ke puncak gunung lainnya, dan dari satu gua ke gua lainnya.
  15. Wanita berpakaian, tapi bertelanjang.
  16. Orang tidak peduli sumber hartanya.
  17. Riba melata, hingga debunya pun tidak mampu dielak.
  18. Peminum arak, menamakannya bukan arak. Minum sambil diiringi muzik dam biduanita.
  19. Lelaki lebih sedikit berbanding wanita.
  20. Hamba menjadi tuan dan bangunan pencakar langit berdiri megah.
  21. Ahli ibadahnya jahil, ulamanya fasiq.
  22. Orang yang berpegang pada agamanya, umpama memegang bara api.
  23. Pengkhianat dikatakan jujur dan yang jujur dikata khianat.
  24. Harta melimpah ruah, timbul fitnah (ujian kepada iman) dan banyak terjadi peperangan.
  25. Waktu terasa singkat.
  26. Akan banyak lombong galian dan orang jahat yang akan menguasainya.
  27. Tanah Arab yang tandus menjadi subur.
  28. Pagi beriman, petang kafir.
  29. Beribadah di waktu kemelut dunia yang dahsyat, seperti berhijrah kepada Rasulullah.
  30. Peperangan di sekitar sungai Furat (Iraq).
  31. Tiada imam untuk solat berjemaah.
  32. Ulama tidak dipedulikan.
  33. Islam pada nama sahaja.
  34. Ilmu agama Islam dan al-Quran akan diangkat. Hanya dapat mengucap syahadah, namun tidak memahami tuntutannya (tidak melaksanakan tuntutan Islam). 
  35. 15 maksiat yang menurunkan bala:
    1. Harta kekayaan negara berlegar di kalangan orang tertentu sahaja.
    2. Amanah dijadikan sumber keuntungan. 
    3. Zakat dijadikan hutang. 
    4. Suami mengikut kemahuan isteri. 
    5. Anak derhaka kepada ibu. 
    6. Sedangkan dia berbuat baik dengan temannya. 
    7. Anak menjauhkan diri dari ayahnya.
    8. Suara-suara ditinggikan di Masjid. 
    9. Yang menjadi ketua suatu kaum, orang yang terhina di kalangan mereka. 
    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 
    11. Minuman keras, diminum di segenap tempat. 
    12. Sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 
    13. Artis disanjung.
    14. Muzik banyak dimainkan. 
    15. Generasi kemudian, menyalahkan generasi terdahulu dari mereka. 
  36. Penularan penyakit kerana zina berleluasa. Sulit mencari rezeki dan pemimpin zalim kerana mengurangkan ukuran dan timbangan.
  37. Berlaku kehancuran, lantaran mensia-siakan amanah (menyerahkan suatu urusan bukan pada ahlinya).
  38. Bermegah dengan bangunan masjid.
  39. Mencari keuntungan dunia dengan menjual agama (berpura-pura zuhud demi perhatian manusia dan manis berbicara namun hatinya serigala).
  40. Berhaji dan umrah, bukan kerana Allah. (Orang kaya berhaji untuk berhibur, yang berpendapatan sederhana pergi untuk berniaga, ulama pergi kerana menunjuk dan sum’ah dan yang fakir pula, berhaji sambil meminta-minta).
  41. Memberi salam hanya kepada orang yang dikenali, perniagaan maju dan pesat hingga wanita keluar bekerja, ramai orang memutuskan silaturrahim, banyak saksi palsu, menyembunyikan kesaksian yang benar dan banyak kemudahan alat tulis. 
  42. Golongan Ahlussunnah wal jamaah adalah golongan yang selamat.
Semoga kita semua berada dalam golongan yang selamat.. Amiin Ya Rabb!


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments