Design for Dawah. Upah design. Travel & Umrah. Tips Travel.

Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts
Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts

Thursday, 7 March 2019

Doa Pada Bulan Rejab



Marhaban Ya Rejab..

Semoga kedatangan bulan Rejab ini akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa.. InsyaAllah..
Rejab adalah blan permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.

REJAB sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihannya tersendiri. Ambillah peluang ini untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. InsyaAllah. Amiin.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Wednesday, 6 March 2019

Perhatikan Peristiwa-peristiwa Akhir Zaman Sebagaimana Yang Disenaraikan! Kita Sangat Hampir!



Mari sama-sama kita perhatikan peristiwa-peristiwa akhir zaman sebagaimana yang disenaraikan, manakah lagi yang belum kita saksikan?

Apakah kita sudah cukup persiapan?
Jangan lagi kita lengahkan, apa jua jenis bekalan.
Ia semakin hampir mendekat datang.
Tinggal menanti saat-saat kemunculan detik yang lebih mendebarkan.
Moga Allah anugerahkan kita keselamatan, taufiq dan bimbingan.

Rujukan: Kitab 40 Hadis Akhir Zaman, Susunan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.


  1. Perselisihan yang banyak.
  2. Celaka (binasa) bagi bangsa Arab.
  3. Umat Islam ramai, tetapi lemah. Seperti buih di lautan kerana cinta dunia, takut mati.
  4. Kewafatan ramai alim ulama dan hilang ilmu bersama hilangnya ulama.
  5. Umat Islam mengikuti langkah Yahudi dan Nasrani.
  6. Muncul golongan anti hadis.
  7. Sentiasa ada golongan umat Muhammad s.a.w. yang menang. (Walaupun dalam kebejatan fitnah, akan tetap ada golongan memperjuangkan agama Allah).
  8. Umat Islam ditimpa penyakit umat terdahulu (Banyak bersuka ria, terlalu mewah, kumpul harta, tipu dalam merebut harta, saling memarahi dan dengki mendengki).
  9. Islam kembali asing.
  10. Hidup penuh kemewahan (sering bertukar pakaian dan makanan bersilih ganti dihidangkan).
  11. Budaya rasuah berleluasa.
  12. Hilang sifat amanah.
  13. Orang baik berkurangan, sedangkan yang jahat bertambah ramai.
  14. Iman, tidak mampu diselamatkan, kecuali lari membawa diri dari puncak gunung ke puncak gunung lainnya, dan dari satu gua ke gua lainnya.
  15. Wanita berpakaian, tapi bertelanjang.
  16. Orang tidak peduli sumber hartanya.
  17. Riba melata, hingga debunya pun tidak mampu dielak.
  18. Peminum arak, menamakannya bukan arak. Minum sambil diiringi muzik dam biduanita.
  19. Lelaki lebih sedikit berbanding wanita.
  20. Hamba menjadi tuan dan bangunan pencakar langit berdiri megah.
  21. Ahli ibadahnya jahil, ulamanya fasiq.
  22. Orang yang berpegang pada agamanya, umpama memegang bara api.
  23. Pengkhianat dikatakan jujur dan yang jujur dikata khianat.
  24. Harta melimpah ruah, timbul fitnah (ujian kepada iman) dan banyak terjadi peperangan.
  25. Waktu terasa singkat.
  26. Akan banyak lombong galian dan orang jahat yang akan menguasainya.
  27. Tanah Arab yang tandus menjadi subur.
  28. Pagi beriman, petang kafir.
  29. Beribadah di waktu kemelut dunia yang dahsyat, seperti berhijrah kepada Rasulullah.
  30. Peperangan di sekitar sungai Furat (Iraq).
  31. Tiada imam untuk solat berjemaah.
  32. Ulama tidak dipedulikan.
  33. Islam pada nama sahaja.
  34. Ilmu agama Islam dan al-Quran akan diangkat. Hanya dapat mengucap syahadah, namun tidak memahami tuntutannya (tidak melaksanakan tuntutan Islam). 
  35. 15 maksiat yang menurunkan bala:
    1. Harta kekayaan negara berlegar di kalangan orang tertentu sahaja.
    2. Amanah dijadikan sumber keuntungan. 
    3. Zakat dijadikan hutang. 
    4. Suami mengikut kemahuan isteri. 
    5. Anak derhaka kepada ibu. 
    6. Sedangkan dia berbuat baik dengan temannya. 
    7. Anak menjauhkan diri dari ayahnya.
    8. Suara-suara ditinggikan di Masjid. 
    9. Yang menjadi ketua suatu kaum, orang yang terhina di kalangan mereka. 
    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 
    11. Minuman keras, diminum di segenap tempat. 
    12. Sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 
    13. Artis disanjung.
    14. Muzik banyak dimainkan. 
    15. Generasi kemudian, menyalahkan generasi terdahulu dari mereka. 
  36. Penularan penyakit kerana zina berleluasa. Sulit mencari rezeki dan pemimpin zalim kerana mengurangkan ukuran dan timbangan.
  37. Berlaku kehancuran, lantaran mensia-siakan amanah (menyerahkan suatu urusan bukan pada ahlinya).
  38. Bermegah dengan bangunan masjid.
  39. Mencari keuntungan dunia dengan menjual agama (berpura-pura zuhud demi perhatian manusia dan manis berbicara namun hatinya serigala).
  40. Berhaji dan umrah, bukan kerana Allah. (Orang kaya berhaji untuk berhibur, yang berpendapatan sederhana pergi untuk berniaga, ulama pergi kerana menunjuk dan sum’ah dan yang fakir pula, berhaji sambil meminta-minta).
  41. Memberi salam hanya kepada orang yang dikenali, perniagaan maju dan pesat hingga wanita keluar bekerja, ramai orang memutuskan silaturrahim, banyak saksi palsu, menyembunyikan kesaksian yang benar dan banyak kemudahan alat tulis. 
  42. Golongan Ahlussunnah wal jamaah adalah golongan yang selamat.
Semoga kita semua berada dalam golongan yang selamat.. Amiin Ya Rabb!


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Labels

Semasa (254) Upah Design (229) design (226) Tempah Design Murah (211) Design Poster (176) poster (50) Tips (39) Tips Travel (26) Design Logo (22) Logo Design (22) ASWJ (21) Doa (21) Pengajian Kitab (21) logo (19) banner (16) Design Banner (15) Maulidur Rasul (15) Shopee (15) Qasswa Travel & Tours (14) Selawat (14) Vector (14) Johor (13) Masjid Taman Pulai Indah (13) Hari Raya (12) Bisnes (11) Tangkak (11) Design Bunting (10) Kad Ucapan (10) Kelebihan Selawat (10) Trace Logo (10) Jom Travel (9) Majlis Khatam Al Quran (8) Qasswa (8) Rakan Muda (8) backdrop (8) SEAAT (7) BMW (6) Daurah Kitab (6) MTPI (6) Tolak Wahabi (6) Cara Untuk.. (5) Design Backdrop (5) Masjid (5) NGO (5) Rejab (5) Aidilfitri (4) Bunting (4) Design Sticker (4) Design Tshirt (4) Muar (4) Ruqaiyah Batu Pahat (4) Sultan Johor (4) UMNO (4) Umrah (4) Batu Pahat (3) Business Card (3) DASAR (3) Kursus Umrah (3) Maulid Agung Alam Melayu (3) Maulid Akbar (3) Mutiara Kata (3) Ramadan (3) Ramadhan (3) Review (3) Sticker (3) Tahniah (3) Yadim (3) Zikir (3) 1440H (2) Bicara Agama (2) Broucher (2) Buat Duit Online (2) Cuti Sekolah (2) Design Broucher (2) Design FB Header (2) Flyers (2) Hadis (2) Korban (2) Label (2) Logo Masjid (2) MAQAR Desaru (2) Majlis Haul (2) Majlis Ilmu (2) Poster Tangga (2) Produk (2) Qiamullaill (2) Ride (2) Rollup Bunting (2) Segamat (2) Selawat Nariah (2) Sharing (2) Tips Design (2) Tips Umrah (2) Travel (2) Turki (2) Wakaf (2) domain (2) 2025 (1) Advertising (1) Arifa Exclusive (1) BBWJOHOR2019 (1) Bank Pembayaran (1) Big Bad Wolf Johor (1) COVID-19 (1) Canva Template (1) Corona Virus (1) Design Sijil (1) Doodle (1) ESQ (1) Edible Cake (1) Exploration (1) FB Header (1) Fly High (1) Free Market (1) Gelombang Haba (1) Habib Umar Al Jailani (1) Habib Umar Bin Hafiz (1) Hadith (1) Haji (1) Huion (1) Huion H950P (1) Iftar Perdana (1) Illustration (1) Illustrator (1) Infografik (1) Israk Mikraj (1) Istighfar Rejab (1) Kad Kahwin (1) Kemboja (1) Khat (1) Khatam Al Quran Perdana (1) Korea (1) Kuliah PMaghrib Perdana (1) Kuliah Subuh (1) Larnyard (1) MAINJ (1) Majalah (1) Majlis Raudah Al Jannah (1) Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai (1) Masjid Baitul Rahman (1) Maulid Agung (1) Melaka (1) Meteorologi Malaysia (1) Monogram (1) Motor Trip (1) Muhammad (1) Multaqa (1) Mydin (1) Mydin Mutiara Rini (1) New Year (1) Pagoh (1) Pasir Gudang (1) Pen Tablet (1) Pencemaran Alam (1) Perdana Menteri Malaysia (1) Portrait (1) Poster Selawat (1) Program Cuti Sekolah (1) Pulau Besar (1) Qurban (1) Ratib Al Haddad (1) Selawat Syifa (1) Sheikh Abdul Qadir Al Jailani (1) Sijil (1) Sindrom Down (1) Sindrom Down Negeri Johor (1) Skudai (1) SlideShow (1) TMJ (1) TV9 (1) Tabung Haji (1) Tarbiah (1) Template (1) Testimoni (1) Thaipusam (1) Tip Kesihatan (1) Trip (1) UTHM (1) Vast Travel (1) Wanita (1) Waqaf (1) Warung Talk (1) Wirdul Latif (1) Yemen (1) Zam Zam (1) baner (1) featured (1) pakaian kanak-kanak (1) png (1) webhosting (1)

Blog Archive