Honor Band 4 Running | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Honor Band 4 Running

Credit to https://www.hihonor.com/my/product/10060676631606.html

Salam..

Kali ni aku nak share sikit review aku tentang Honor Band 4 Running ni.

Alhamdulillah. Aku order barang ni hari tu masa hari raya. Selamat sampai dalam masa tak sampai 2 minggu kot tak silap aku. Skang ni aku dh pakai dan gunakan Honor Band 4 Running ni lebih kurang 2 minggu. So far, alhamdullah, aku berpuas hati dengan performance smart watch ni.


Banyak benda sebenarnya aku nak berikan review, tapi kesuntukan masa dan kesibukan kerja-kerja duniawi yang membuatkan aku tak dapat nk sharekan.

Sebenarnya aku tersilap beli barang. Aku sebenarnya nak beli Honor Band 4. Tapi bila pilih-pilih di Shoppee masa tu, aku ternampak la smartwatch Honor Band 4 ni murah. Aku memang nk beli Honor Band 4 dan aku pun dah banyak tengok review dia di youtube. So tak pikir panjang, aku pun tekan button Buy Now. Skali bila sampai, aku pun pelik gak, apasal plak comel sangat benda ni. Nape plak xde heart rate kt belakang dia?


Bila aku check balik, baru aku perasan yang aku salah beli. Tapi tak pe la. Barang pun dah sampai. Alhamdulillah. So aku terima je seadanya. Sebab salah satu tujuan aku beli smart watch ni pun sebab aku nak start berlari. Gila lama tak berlari, rasa badan pun dah berat.

Alhamdulillah. Dh hampir seminggu aku gunakan. Memang menarik guna smart watch ni. Aku tak de la nk guna jam ni sepanjang masa, sebab aku ada jam tangan lain. Aku guna jam ni pun masa berlari atau kayuh basikal je. Lebih kepada rekreasi luar. Bila guna jam ni, anda mesti la install apps Huawei Health. Sebab aku pun dh pakai Huawei, jd kita sesuaikan la semuanya.

Tali jam tangan ni aku ada dual warna. Yang di offer masa di Shopee tu Hijau Kelabu dan Merah Hitam. Aku pilih yang seperti dalam gambar di atas.

Yang menariknya, dia ada 6-Axis Sensor dan Professional Running Posture Monitoring Algorithm. Modul dia kita bleh selitkan di tali kasut dan dia boleh detect 7 jenis data fitness seperti foot strike pattern and impact, swing angle, eversion range, step length, cadence dan ground contact time. Data-data ini kemudian di analisis oleh teknologi yang dibangunkan oleh CISS untuk menyediakan anda posture larian yang baik dan cadangan workout.

Bila anda gunakan di tangan, ada beberapa mode lain seperti paparan masa, step count, activity reminder, sedentary reminder, Finding your phone, incoming call notification, message reminders, Alarm alert, call rejection, muting a call, do not disturb mode, calories burnt, target completion dan bluetooth disconnection remider.


Anda juga boleh gunakan untuk berenang dan water resistant sehingga 50 meter. Baterinya juga tahan sehingga 21 hari untuk sekali charge max.

Satu lagi aplikasi yang mungkin baru dan aku suka juga dengan aplikasi ni, ia boleh track masa anda tidur. Aku pun pelik mcmana dia boleh detect masa aku tido dan aku boleh katakan ianya tepat. Sudah pastilah kena pakai jam ini sewaktu tidur. Tapi ntah la.. memang canggih la.

Jika anda seorang pelari dan ingin mencari smart watch yang murah dan simple, aku memang rekemenkan korang beli smart watch ni. Murah, simple, ringan dan pelbagai guna.

Untuk lebih lanjut, anda mungkin boleh rujuk ke website ini
--> https://www.hihonor.com/my/product/10060676631606.html

Kalu anda ada pendapat yang ingin dikongsikan, sila la isi diruangan komen. Kita boleh share dengan pengguna lain yang mungkin nak tahu.

Terima kasih.


------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments