Touch N Go pada IC kita pun akan Expired Selepas 10 Tahun | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Touch N Go pada IC kita pun akan Expired Selepas 10 Tahun


Assalammualaikum

Pagi tadi aku pegi ke Sales Office Touch & Go (TnG) di Taman Perling untuk tanyakan berkenaan kad TnG aku yang alih-alih dh expired bila dah lama tak digunakan.

Rupanya, kad TnG kita ni akan expired bila mana dh lebih setahun tidak digunakan ataupun bila dh cukup 10 tahun digunakan. So selepas 10 tahun, kena gantikad baru. Jadi akak di kaunter tu offer la untuk gantikan kad TnG yang baru secara percuma.

Dalam masa yang sama, aku bertanyakan berkenaan TnG yang ada pada ic kita. Sebab aku biasa gunakan TnG pada ic aku tu bila kecemasan. Contohnya, tertinggal kad TnG & SmartTag pada kereta lain sebab aku pandu kereta lain. Atau pun memang tertinggal di rumah. Akak di kaunter tu jawab, TnG pada ic kita juga akan expired bila dh cukup 10 tahun.

Jadi selepas 10 tahun tu, kita sudah tak boleh gunakan Touch & Go pada ic kita lagi. Aku pun mintak akak tu check kan bila expired pada ic aku tu. Lepas dia check, dia cakap, akan expired pada bulan 10/2024 nanti.

So lepas bulan 10/2024 tu, mungkin aku cuma boleh renew dengan dapatkan kad TnG yang baru. Atau pun mungkin kena buat IC yang baru. Baru bleh gunakan TnG pada ic tu semula.

Aku ingatkan TnG pada ic kita tu boleh digunakan selagi kita boleh guna ic tu. Rupanya tidak. Aku harap TnG boleh upgradekan sistem TnG yang ada pada ic kita supaya boleh digunakan selagi kita boleh guna ic kita tu. Sebab biasanya orang akan guna TnG pada ic tu bila kecemasan seperti tertingal kad TnG yang biasa kita gunakan tu.

Sekian.

------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

2 comments: