Khutbah Jumaat Johor | 15 MAC 2019 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 15 MAC 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 15 MAC 2019
                 08 REJAB 1440
TAJUK  : PENGAKHIRAN HIDUP YANG BAIK

1) Firman Allah Surah Ali-Imran/102 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam".

2) Menjalani kehidupan- tidak mudah putus asa; penuh pengharapan kepada Allah; kembali kepadaNya dengan 'husnul hotimah' atau 'suul hotimah'.

3) Husnul hotimah (pengakhiran hidup yang baik)- Allah beri taufiq sebelum datang kematiannya; tinggalkan segala perbuatn yang Allah murka; bertaubat dari segala dosa; melakukan ketaatan; mati dalam keredhaan Allah.

4) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sekiranya Allah inginkan kebaikan kepada seseorang, Dia akan melakukan kebaikan kepada orang tersebut. Allah akan mula pandukan orang tersebut untuk melakukan amal soleh sebelum kematiannya". (HR: Imam Ahmad)

5) Antara tanda2 Allah sayang- diri mudah melakukan kebaikan; dikurniakan hidayah; petunjuk ke jalan yang lurus; dikurniakan pengakhiran hidup yang baik.

6) Hadith yg bermaksud: "Wahai Rasulullah siapakah manusia yang terbaik? Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya
..................... Siapakah yang terburuk?
.................Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya". (HR: Imam Ahmad)

7) Antara amalan untuk pengakhiran hidup yang baik :-
7.1) sentiasa bertaqwa; kerjakan perintahNya; jauhi laranganNya

7.2) selalu berzikir; tidak melupakanNya

7.3) biasakan baca Al-Quran; mengamalkannya

7.4) sentiasa berselawat; mengamalkan sunnah-sunnahnya

7.5) jaga hubungan sesama manusia; mengajak kebaikan; cegah kemungkaran

7.6) sentiasa hadir majlis ilmu; hidup dengan kefahaman agama

7.7) usaha perbaiki diri; mohon keampunan; bertaubat; bersihkan diri sucikan jiwa

8) Peroleh pengakhiran hidup yang baik- hanya Allah yang berkuasa; ada manusia soleh berakhir dengan kekufuran; ada yang jahil berakhir dengan taubat tinggalkan dosa; tiada yang mampu ramal; dituntut lakukan amal soleh; bersungguh-sungguh dan ikhlas.

9) Firman Allah Surah Ali-Imran/193 bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman. Maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti".

                  بارك الله لي ولكم ...


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments