Khutbah Jumaat Johor | 07 Jun 2019 | 3 Syawal 1440 | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 07 Jun 2019 | 3 Syawal 1440



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 07 Jun 20l9
                 03 Syawal 1440
TAJUK  : Akhlak Sebagai Pengguna Jalan Raya

1) Keutamaan Maqasid Syariat dalam Islam- memelihara agama nyawa akal keturunan dan harta;  bertujuan memberi kebaikan dan mencegah kemudharatan; jaga keselamatan diri; jauhkan diri pada perkara yang boleh merosakan dan kebinasaan.

2) Firman Allah Surah Al-baqarah/195 bermaksud: "..... dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".

3) Sebagai pengguna jalan raya - jauhi perbuatan mendatangkan bahaya; memandu laju, langgar lampu isyarat, lawan arus, guna handphone dan lain-lain; perbuatan yang biasanya menjadi punca kemalangan; mengakibatkan kematian; kecuaian menyebabkan orang lain jadi mangsa.

4) Hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakan orang lain". (HR: Ibnu Majah)

5) Antara akhlak dan adab sebagai pengguna jalan raya :-
5.1) menjauhi sikap terburu-buru dan pentingkan diri ketika memandu.

5.2) bersabar dan bertimbang rasa agar terpelihara dan dilindungi Allah.

5.3) kenderaan dalam keadaan baik dan sempurna.

5.4) bersifat tolak ansur dan tidak bersikap sombong.

5.5)  berdoa seperti Firman Allah Surah Az-zuhruf/13-14 bermaksud: ".... Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini utk kami sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali".

5.6) hindari sikap marah dan suka mengganggu ketenteraman orng lain.

6) Seruan kepada para pengguna jalan raya - sentiasa beradab dan berakhlak; patuhi peraturan jalan raya; elak perbuatan mengancam dan memudharatkn pengguna lain; semoga jalan raya dapat memberi kemudahan dan keselesaan bersama.

7) Firman Allah Surah Al-isra'/7 bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...........".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments