Khutbah Jumaat Johor | 5 Julai 2019 | 2 Zulkaedah 1440H | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 5 Julai 2019 | 2 Zulkaedah 1440H



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT.

TARIKH :
05 Julai 20l9 | 02 Zulkaedah 1440

TAJUK  : 
Bahaya Hubungan Songsang
               
1) Isu hubungan songsang- amat membimbangkan dan merunsingkan; pelaku mendesak diberi hak kebebasan.

2) Perbuatan yang dilarang oleh agama Islam- hubungan sesama jenis; perkahwinan sesama jantina; amalan-amalan songsang lain; perbuatan keji; menyalahi fitrah kehidupan manusia.

3) Firman Allah Surah Al-a'raaf/80-81 bermaksud: "Dan Nabi Luth juga (kami utuskan), ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?............
bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

4) Golongan hubungan songsang- telah wujud paling awal di dunia; dikalangan kaum Nabi Luth; melakukannya secara terang-terangan; tidak malu dengan perlakuannya; mengundang kemurkaan dan azab siksa Allah.

5) Golongan hubungan songsang (LGBT) terdiri daripada golongan berikut:-

5.1) cenderung untuk memenuhi keinginan hubungan jenis sesama perempuan (musahaqah)
5.2) mengamalkan hubungan jenis sesama lelaki (liwat)
5.3) mempunyai kecenderungan melakukan hubungan jenis sesama jantina juga melakukan hubungan dengan berlainan jantina.
5.4) golongan yang mengubah jantinanya; membuat perubahan melalui alat sulit; cara brpakaian; pertuturan; lenggok badan dan lain-lain.

6) Firman Allah Surah Al-ankabut/35 bermaksud: "Dan demi sesungguhnya kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sbg satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya".

7) Sebagai umat Islam- perlu bertegas; menghalang apa jua perbuatan yang menyalahi ajaran islam;
yang merosakan agama bangsa dan negara.

8) Ikut pejuang hak asasi manusia- undang laknat Allah; Iktiraf gerakan hubungan songsang- menjerumus kelembah kebinasaan.

9) Seruan kepada umat Islam- jangan ada di hati terdetik perasaan mahu iktiraf hubungan songsang; meraikan atau menyokongnya; ambil sikap amar maaruf nahi munkar; Azab Allah meliputi semua orang.

10) Firman Allah Surah As-syu'ara/165-166 bermaksud: "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia dan kamu tinggalkan apa yang diciptakn oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukn hubungan yang halal) dari badan isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments