Khutbah Jumaat JDT | 23 April 2021 | 11 Ramadhan 1442 | ZAKAT DIPERKASA UMAT TERBELA. | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat JDT | 23 April 2021 | 11 Ramadhan 1442 | ZAKAT DIPERKASA UMAT TERBELA.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ

🕌 INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 🕌
📆 TARIKH : 11 RAMADHAN 1442H/ 23 APRIL 2021

📜 *TAJUK : ZAKAT DIPERKASA UMAT TERBELA.

Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubat ayat 60 yang bermaksud : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan 'Amil yang mengurusnya, dan orang-orang mu'allaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang terputus bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

1- Bertaqwa kepada Allah SWT.

2- Zakat merupakan rukun Islam yang diwajibkan dan matlamatnya untuk membantu golongan asnaf supaya kekayaan umat Islam dapat diagih dan disalur kepada yang memerlukan serta memelihara dan membangun ekonomi umat Islam bagi manfaat umat seluruhnya.

3- Harta seseorang itu bukan hak milik sepenuhnya, akan tetapi ada hak yang wajib dizakatkan.

4- Zakat Fitrah adalah kewajipan fardhu ain ke atas setiap muslim yang merdeka dan mampu mengeluarkan pada waktunya dan dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bertujuan untuk membersihkan jiwa orang yang berpuasa dari perkara sia-sia serta kadarnya adalah makanan asasi sesebuah negeri seperti beras yang dinilai dari semasa ke semasa dan bergantung kepada harganya.

5- Di negeri Johor Jawatankuasa Fatwa menetapkan Zakat Fitrah tahun 1442 H bersamaan 2021 M adalah 2 kadar iaitu nilai pertama RM7.00 bagi kadar beras biasa tempatan RM2.60 sekilogram dan nilai kedua RM10.00 dikenakan kadar beras seperti beras wangi, beras basmati dan lain-lain. 

6- Zakat adalah kepentingan masyarakat Islam yang diurus serta dipantau pelaksanaannya oleh pihak pemerintah bagi memastikan ia dapat diagih dengan adil mengikut syara’.

7- Menurut hukum syara’ bagi Ulil Amri mewujudkan peraturan dan undang-undang yang mewajibkan orang Islam membayar zakat kepada MAINJ. Peraturan ini terkandung di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 yang menjelaskan bahawa MAINJ merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengurus tadbir harta umat Islam termasuk wang Zakat, harta Waqaf dan harta milik Baitul Mal.

8- Kebaikan menyerahkan zakat kepada Ulil Amri ialah ia dapat dipungut secara menyeluruh dan dapat menambahkan jumlah kutipan Zakat yang dapat diagihkan dengan banyak lagi adil kepada golongan Asnaf seperti bantuan sara hidup, perbelanjaan perubatan, bantua pendidikan, bantuan yang menanggung hutang dan sebagainya.

9- Hendaklah membayar zakat kepada ‘Amil yang dilantik MAINJ dan semua agihan dapat dimanfaatkan untuk keperluan umat Islam dan mereka yang mengeluarkan zakat akan menerima ganjaran dunia dan akhirat.

10- Akhir khutbah; ingatlah harta adalah amanah Allah SWT yang padanya ada hak orang lain yang mesti ditunaikan dan akan dipertanggungjawabkan di Akhirat kelak. Ia dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan di samping dapat memperkasakan ekonomi umat Islam. Jangan termakan hasutan sesetengah pihak yang mengaggap badan yang bertanggungjawab tidak menjalankan tanggungjawab, sedangkan terbukti ramai di kalangan umat Islam menerima dan mendapat manfaat dari pengurusan zakan ini. Waallahu’alam.

------------------------------------

Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments