Khutbah Jumaat Johor | 31 May 2019 | 26 Ramadan 1440H | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 31 May 2019 | 26 Ramadan 1440H



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 31 May 20l9
                 26 Ramadhan 1440
TAJUK  : Tingkatkan Amalan di Penghujung Ramadhan
                           
1) Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah - bersungguh-sungguh melaksanakan perintahNya; meninggalkan segala laranganNya; mudah-mudahan dapat rahmat keberkatan hidup dunia akhirat.

2) Ke penghujung perjalanan Ramadhan- para salafussolih sangat terkesan dengan perpisahan ini; begitu sedih dan berdoa agar diketemukan di Ramadhan akan datang; mereka gandakan amal ibadat
di malam-malam terakhir.

3) Firman Allah Surah Al-baqarah/148 bermaksud: "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (qiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari qiamat utk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

4) Saat-saat terakhir di bulan Ramadhan - tidak mempersiakannya dengan perkara-perkara yang boleh mengikis pahala; sentiasa abdikan diri dengan solat sunat iktikaf tadarus zikir dan lain-lain; ada yang bersemangat pada awal Ramadhan sahaja; mesjid jadi sepi; jemaah terawikh berkurangan.

5) Apabila berakhirnya Ramadhan- ada yang terhenti amalan baiknya; urusan persiapan untuk sambut raya; berbelanja berlebihan sehingga membazir; mengundang kemurkaan Allah.

6) Penghayatan Ramadhan sebagai orang yang beriman- sentiasa dekatkan diri kepada Allah; lakukan amal kebajikan; ganjaran Ramadhan yang banyak jangan disia-siakan; dapatkan seberapa banyak pahala dan ganjaran Allah; cari keredhaan dan keampunanNya; yakin di atas keampunan segala dosa dari Allah.

7) Firman Allah Surah Ali-imran/133 bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal2 yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa".

8) Amalan bulan Ramadhan- terus tingkatkan amalan; berdoa agar dipertemukan Ramadhan akan datang; sentiasa hargai kehadirannya; istiqamah dan meneruskan amal ibadat di bulan-bulan lain.

9) Firman Allah Surah Al-an'am/160 bermaksud: "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari qiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya, sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments