Alhamdulillah. Sultan Johor tolak cadangan penubuhan Universiti Muhammadiyah | Design For Dakwah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah!

Breaking News

Alhamdulillah. Sultan Johor tolak cadangan penubuhan Universiti Muhammadiyah

Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

Alhamdulillah.. 

DYMM Sultan Johor juga turut menolak cadangan penubuhan Universiti Muhammadiyah yang telah dicadangkan untuk dibina di Pagoh, Johor. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri Johor amat serius dalam menjaga keharmonian umat Islam di negeri Johor ini. 

JOHOR BAHRU 26 Feb. - Sultan Johor menolak cadangan penubuhan Universiti Muhammadiyah kerana bertentangan dengan semua bidang kuasa dan peruntukan perundangan berkaitan agama Islam di negeri ini.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, keputusan itu dibuat selepas melakukan penelitian sedalam-dalamnya dan tujuannya bagi mengelakkan kekeliruan, perbalahan dan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini.
“Saya menerima makluman menerusi media massa bahawa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyatakan sokongan terhadap penubuhan cawangan Universiti Muhammadiyah yang ditubuhkan oleh gerakan Muhammadiyah Indonesia di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, negeri Johor.
“Saya ingin menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan dengan jelas bahawa agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri.
“Sementara Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Johor,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di sini sebentar tadi.
Sebelum ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak penubuhan Universiti Muhammadiyah dan kenyataannya dimuat naik dalam Facebooknya, HRH Crown Prince of Johor.
Sebelum itu akhbar Utusan Malaysia melaporkan sokongan Dr. Maszlee untuk membina kampus Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (Uhamka) di negeri ini.
Sultan Johor bertitah, bagi melancarkan pentadbiran agama Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003 telah diwujudkan.
Titah baginda, enakmen itu memperuntukkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan manakala Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor adalah sebagai jawatankuasa yang memutuskan hal-hal berkaitan hukum syarak.
“Negeri Johor Darul Ta’zim mempunyai institusi agama Islam dan pendidikan Islam yang utuh lagi sistematik melangkaui satu abad yang mana ianya berprinsipkan dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah.
“Justeru, negeri Johor Darul Ta’zim tidak mempunyai sebarang keperluan untuk membawa masuk fahaman, amalan dan pegangan baru daripada luar,” titah Sultan Johor.
Walau bagaimanapun, baginda bertitah, negeri ini tetap menerima dan mengalu-alukan penubuhan cawangan mana-mana universiti dari luar negara yang ingin dibina di Johor demi perkembangan ilmu dan limpahan manfaat yang akan dikecapi rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya.
Sultan Ibrahim bertitah, namun sekiranya melibatkan kursus-kursus pengajian dan apa-apa perkara yang berhubungkait dengan agama Islam, maka pihak berkenaan perlu merujuk kepada MAINJ dan seterusnya mendapatkan perkenan Sultan Johor selaku ketua agama Islam negeri.
“Ketetapan ini bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan, perbalahan dan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri Johor terutama dalam perkara yang tidak selari dengan pegangan akidah, amalan agama dan tradisi masyarakat Islam di negeri ini.
“Walaupun mungkin cadangan penubuhan Universiti Muhammadiyah ini kelak tidak menyediakan pengajian agama Islam secara spesifik, namun adalah menjadi satu pegangan kepada seluruh warga Muhammadiyah pada setiap masa berpegang, beramal dan menyebarkan doktrin Muhammadiyah selari dengan ketetapan badan tertinggi dalam gerakan Muhammadiyah.
“Saya juga mendapati fatwa yang dikeluarkan oleh Muhammadiyah adalah bercanggah dengan dengan fatwa di negeri Johor. Antaranya dari segi akidah, Muhammadiyah berpegang kepada pegangan Allah SWT berjisim dan bertempat dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dan hadis bersifat mutasyabihat (kesamaran),” katanya.
Walhal titah baginda, pegangan akidah umat Islam di negeri ini adalah berdasarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang menafikan Allah SWT berjisim dan bertempat.
Daripada segi amal ibadah, baginda bertitah, kaedah pengambilan hukum di Negeri Johor Darul Ta’zim adalah berlandaskan Mazhab Syafie.
“Sementara pegangan Muhammadiyah tidak terikat kepada mana-mana Mazhab. Begitu juga percanggahannya terhadap keharusan amalan sambutan maulidur rasul, membaca doa qunut semasa solat subuh, membaca tahlil, talkin, menziarahi kubur dan sebagainya,” titah baginda. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/sultan-johor-tolak-cadangan-penubuhan-universiti-muhammadiyah-1.849236#ixzz5geHRI5wn © Utusan Melayu (M) Bhd 

.........

LAGI ULAMA NUSSANTARA TOLAK FAHAMAN WAHABIYAH

Syed Alwi al Haddad Mufti Johor zaman dahulu dan beliau adalah keturunan Rasulullaah ﷺ .

Syed Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak menurut aliran ‘kaum tua’ (Ahlu sunnah Waljamaah) Beliau sangat menyanggah pendapat dan pegangan Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung, bahkan Syed Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor demi untuk membendung menularnya fahaman kaum muda @ wahabi. 

(Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan A. Hassan Bandung – wafat pada 10 November 1958 – adalah merupakan ‘kaum muda’@ Wahabi)

Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Syed Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

Antara yang terkandung dalam Dalam fatwanya adalah pengharaman kaum muda (Wahabi)

Berkata Al Habib as Syeikh Alawi Al Hadad Rohimahullah 

PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

Soalan: Bagaimanakah dapat kenal atau ketahui alamat-alamat kaum muda (wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

Jawab: Jawab Soalan Pertama:Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu (wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula; Nabi Allah ‘Isa عليه السلام berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”

Setengah dari alamat (ciri-ciri) mereka itu (wahhabi):


  • Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi. 
  • Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam. 
  • Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang. 
  • Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun. 
  • Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang. 
  • Setengah mereka itu (wahabi) sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang. 
  • Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang disisi mereka (Wahabi). 
  • Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang sah juga sembahyang disisi mereka (Wahabi). 
  • Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik beratkan oleh wahhabi)dan tiada dihiraukannya. 
  • Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya. 
  • Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi ﷺ al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru diantara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja.


........

Ayuh sama-sama kita tolak fahaman wahabi al Mujassimah musuh Umat islam dari dulu kini dan selamanya.

Aqidah Menyatukan kita semua. Kembalilah kepada Aqidah Ahlu Sunnah Waljamaah al Asyairah Wal Maturidiyah sebelum ajal sampai.


Hadiahkan Al Fatihah Untuk al Marhum Syed Alwi al Haddad.

No comments